Saturday, December 24, 2011

Dimana salah Liverpool?

Terus terang, aku tak happy langsung dengan keadaan Liverpool sekarang ni. Menang tak consistent, draw banyak, main awal-awal macam Barcelona tapi main second half macam Kelantan FA. Rembat tiang lebih banyak dari rembat bola masuk gol, and fan Liverpool yang fanatik asyik duk puji Kenny Dalglish yang bagi aku tak lebih dari manager biasa yang dipandang hebat just because he is the right man in the right time. Dia salah seorang dari berpuluh-puluh legend striker kat Liverpool yang datang jadi manager kat Liverpool dimasa orang tengah desak Roy Hodgson supaya dipecat.


Kenny Dalglish kerjanya simple: Beli player English mahal-mahal, habiskan duit owner John Henry and then puji Luis Suarez setiap kali habis match. Orang sibuk puji dia sebab beli Luis Suarez, sampai terlupa yang dia juga manusia yang beli Andy Carroll and Steward Downing yang gandingannya berharga 55juta tapi takde hasil. Jangan kata Luis Suarez itu satu kejayaan sebab setakat ni dia pun cuma score 9 goal dalam 40 perlawanan sejak dia masuk Liverpool pada Januari.


So, dimana silapnya? Ini pendapat aku:


  1. Kenny Dalglish pilih bulu, dia lebih cenderung pilih player English dari player luar. Katanya supaya boleh adapt permainan EPL.Tapi one thing dia lupa, player English lebih MAHAL and skill football diorang lebih RENDAH kalau nak dibandingkan dengan player luar. Player luar lebih bersifat kreatif and mentaliti diorang terarah lebih kepada reputasi daripada populariti. 35juta untuk Carrol tu boleh topup 3juta lagi untuk dapat Sergio Aguero yang sekarang ni top scorer untuk Manchester City.
  2. Kenny pentingkan reputasi player daripada performance. Steward Downing hebat di Aston Villa, and hebat di Middlesbrough. Tapi kat Liverpool dia seolah-olah syok sendiri. Berlari sana sini tapi last-last bola hilang, passing tak sampai, atau rembat kena tiang. Why not letak Bellamy sebagai first eleven yang tetap, sebab performance dia lebih mantap dari Downing. Cara permainan dia yang rajin juga memang dah sebati dengan jiwa Liverpool, so player lain lebih faham cara permainan dia.
  3. Sekali lagi salah Kenny, terlalu bagi tekanan pada Luis Suarez. Walaupun aku bukan player EPL, bukan juga pemain bola professional mahupun pemain bola wakil daerah, tapi aku faham player bolasepak sebenarnya bencikan tekanan. Luis Suarez main dengan tip-top pada second half season lepas. Tapi disebabkan perhatian yang lebih pada Suarez, main first eleven setiap minggu, dipuji setiap match, dia start main macam tahi. And tindakan paling bangang oleh manager ialah, letak Suarez sebagai lone striker. Means, dia perlu jadi target man and main striker sorang-sorang. Itu bukan Suarez.  Dia sepatutnya letak Suarez partner dengan Maxi Rodriguez, macam kita nampak dalam match lawan Norwich. Yes, malam tu diorang draw, tapi aku nampak yang Maxi ada lebih banyak potensi untuk score gol dari Suarez jongang and Carroll si punggung debab yang malas macam khinzir.
  4. Liverpool yang sekarang lebih banyak beli player yang ada reputation yang tinggi and popular, sebab itulah belanja besar. Cuba jadi macam zaman Rafa Benitez dulu, dia beli player dengan harga murah, and belum ada reputasi. Player dari ceruk mana pun dia sapu. Tapi lepas dididik kat Anfield, dia boleh jadikan player tu lebih hebat and berbakat dari sebelumnya. In fact, bila dijual harga player tu naik melambung. Contoh: Xabi Alonso, Alvaro Arbeloa, John Arne Riise, Fernando Torres, and Pepe Reina yangs sekarang stay sebagai top choice goalkeeper. So cuba kira sekarang berapa ramai antara player kat atas ni yang asal England atau sebelumnya main kat EPL? NONE.


ok itu saje setakat ni.